matematik dan sains disyor ajar dlm bahasa malaysia

Matematik, Sains disyor dalam bahasa Malaysia

Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan melaksanakan semula pengajaran subjek Sains dan Matematik serta subjek lain dalam bahasa Malaysia kecuali bagi subjek bahasa pilihan.

Ini berikutan kegagalan 146,000 murid sekolah negara ini memahami aspek asas subjek Sains dan Matematik yang diajar menerusi sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Datuk Dr Zainal Kling, berkata laporan keputusan peperiksaan serta kajian yang dibuat beberapa pihak mendapati 30 peratus murid sekolah ternyata gagal memahami langsung subjek Sains dan Matematik yang diajar menerusi sistem PPSMI.

“Tahun lalu saja, 146,000 atau 30 peratus murid yang mengambil peperiksaan awam menjadi mangsa PPSMI apabila mencatat gred D dan E bagi subjek Sains dan Matematik.

Kebanyakan mereka gagal memahami aspek paling asas subjek berkenaan dan ini menjadi beban kepada mereka sehingga ke sekolah menegah.

“Satu memorandum akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran minggu depan mengenai resolusi yang dicapai pada persidangan ini,” katanya selepas persidangan meja bulat NGO berkenaan.

Sebelum ini, beberapa pihak turut menggesa kerajaan mengembalikan semula penggunaan bahasa Melayu bagi menggantikan PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003, jika ia gagal mencapai matlamat.

Zainal berkata, jika kerajaan tidak memandang serius perkara ini, ia akan mengakibatkan jurang lebih ketara antara masyarakat bandar serta luar bandar.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s