matematik dan sains disyor ajar dlm bahasa malaysia

Matematik, Sains disyor dalam bahasa Malaysia

Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan melaksanakan semula pengajaran subjek Sains dan Matematik serta subjek lain dalam bahasa Malaysia kecuali bagi subjek bahasa pilihan.

Ini berikutan kegagalan 146,000 murid sekolah negara ini memahami aspek asas subjek Sains dan Matematik yang diajar menerusi sistem Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ahli Jawatankuasa Kerja Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof Datuk Dr Zainal Kling, berkata laporan keputusan peperiksaan serta kajian yang dibuat beberapa pihak mendapati 30 peratus murid sekolah ternyata gagal memahami langsung subjek Sains dan Matematik yang diajar menerusi sistem PPSMI.

“Tahun lalu saja, 146,000 atau 30 peratus murid yang mengambil peperiksaan awam menjadi mangsa PPSMI apabila mencatat gred D dan E bagi subjek Sains dan Matematik.

Kebanyakan mereka gagal memahami aspek paling asas subjek berkenaan dan ini menjadi beban kepada mereka sehingga ke sekolah menegah.

“Satu memorandum akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran minggu depan mengenai resolusi yang dicapai pada persidangan ini,” katanya selepas persidangan meja bulat NGO berkenaan.

Sebelum ini, beberapa pihak turut menggesa kerajaan mengembalikan semula penggunaan bahasa Melayu bagi menggantikan PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003, jika ia gagal mencapai matlamat.

Zainal berkata, jika kerajaan tidak memandang serius perkara ini, ia akan mengakibatkan jurang lebih ketara antara masyarakat bandar serta luar bandar.

 

isu sebenar disebalik kebodohan kerajaan malaysia

Dalam Utusan Malaysia hari ni dilaporkan tentang calon UPSR tahun ni yg merupakan penanda aras keberkesanan program pengajaran matematik sains dalam bahasa inggeris. Isu ni telah ramai yg membincangkannya semenjak kali pertama ianya di bincangkan untuk dilaksanakan pada 5 tahun yg lepas. Saya benar2 sedih dengan langkah ini. Peggunaan Matematik Sains dalam bahasa inggeris idea sapelah agaknye yg karut ni.. atas dasar apalahhhh diorang pandai2 je buat dasar tanpa mengambil kira pendapat cerdik pandai yg terbanyak bukan cerdik pandai yg rasuah !!

PUTRAJAYA 9 Sept. – Seramai 518,616 murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini akan menjadi penanda aras kepada kelangsungan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom berkata, mereka adalah kumpulan pertama murid-murid yang mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris sejak Tahun Satu setelah PPSMI diperkenalkan pada 2003. – Utusan Malaysia online

Isu PPSMI ini sebenarnya ada rahsia yg tersembunyi yg ramai tak tahu. Kenapalah begitu beria kerajaan nak laksanakan pengajaran dua subjek ini dlm Bahasa Inggeris? Adakah untuk menyediakan para pelajar kita… generasi kita .. agar boleh bersaing diperingkat global dgn lebih baik lagi? Benarkah begitu? Adakah rakyat Jepun yg diajar fully bahasa Jepun tu … bukan bahasa Inggeris tak boleh bersaing diperingkat Global? Bagaimana juga dgn bangsa Italy, Peranchis, German, Thailand, dan banyakkkk lagi negara2 maju lain yg terbukti amat maju yg tidak menggunakan bahasa inggerispun didalam sistem pendidikan mereka?
Saya masih ingat sewaktu saya transit kejap di Prague dulu tahun 2002… saya bercakap dlm Bahasa Inggeris tanya diorang restoren kat mana.. diorang wat derkkk je… tapi bila saya ckp dlm Bahasa Malaysia walaupun diorang tak paham tapi diorang beriya2 nak tolong. Betapa mereka bangga dgn bahasa ibunda mereka.
Sebenarnya pada pendapat saya kerajaan laksanakan PPSMI ni hanya lah satu tujuannya iaitu UNTUK JUAL LCD PROJECTOR DAN LAPTOP semata-mata. Pernah tak sesiapa semak nama pembekal yg mengaut keuntungan besar dlm 5 tahun ni melalui pembekalan sistem ICT ke sekolah2 seluruh Malaysia bagi membantu PPSMI ni? Berbilion ringgit habis kat situ. Itu aje tujuannya. Ceritanya begini.. Bermula pada tahun 1989 .. masa tu ekonomi Malaysia amat baik dan pada tahun 1992 kita antara yg terbaik di rantau ini. Pada masa tu kerajaan Malaysia menghantar ramai pelajar ke luar negara. Banyak twinning program yg dilancarkan seperti AAD (Amercican Associate Degree, International Bachalaurette, A-Level, Australian Matriculation dsbg.). Pelajar yg dapat SPM sederhanapun ada yg dapat offer program ni maka ramailah yg berpeluang ke luar negara.
Di tempat kursus persediaan ini antaranya ialah di MARA Community College Kuantan yg dahulunya dikenali sebagai Maktab Sains Mara, Kolej MARA Banting, PPP Shah Alam, Kolej MARA Seremban, Trolak dan banyak lagilah…di tempat2 inilah anak2 malaysia berkumpul untuk belajar bahasa asing dan buat persediaan untuk ke luar negara. Ramai gilerrr masa tu termasuklah Ally Iskandar dan Suami pelakon sitcom Puteri yg baru bercerai tu (Anak Ramli Ngah Talib).
Sebenarnya ada dua kategori pelajar yg dihantar ke luar negara pada masa tu. Pertama pelajar tajaan MARA, JPA dan Petronas. Yg ni yg cream. Yg ni power giler result SPM terutama tajaan Petronas dan JPA. Tapi ada satu lagi group tajaan FAMA (Father and Mother). Yang ni private student. Haaaaa… disinilah punca segalanya. Private student ni kebanyakkannya buat kurus degree in TESL atau Degree in English. Biasanya anak orang miskin takkan buat or apply degree in TESL or ENGLISH sebab bagi orang miskin nanti keluar nak kejer apa… tambahan pulak rata2 anak orang miskin tak berapa padai Bahasa Inggeris sebab datang dari kampung. Anak orang kaya ni lain… Bahasa Ingeris dah power dah.. mak bapakpun dh speaking dah dari kecik… Lagi satu anak2 orang kaya bukannya terror sangat Math, Fizik, Add Math dll subjek penting tu. So mcm mana nak buat engineering ke, Accounting ke or kursus2 kritikal lain?

Maka anak orang kaya nipun masukla ketempat2 persediaan ni dgn tajaan sendiri buat kursus Bed(TESL) atau BA(English)… lepas dapat result bagus di kursus persediaan ni mereka semua boleh apply loan MARA untuk further studies ke overseas…

Maka ramailah anak Malaysia pergi ke luar negara bermula pada tahun 1990 kalau taksilap sampailah ekonomi Malaysia merudum tahun 1998 kerajaan stop dah beberapa program dan limit jumlah pelajar yg dihantar ke luar negara.
Disinilah bermula segala masalah. Anak2 menteri, anak kroni, anak2 orang kaya yg buat degree in TESL dan degree in English ni bila balik M’sia diorang takkan nak jadi cikgu bahasa inggeris?? Eh… tak masuk akal langsung… so diorang pakai kabel mak bapak diorang apply PTD. So diorang lah yg jadi pegawai2 penggubal dasar kat kementerian-kementerian kerajaan tu. Apa lagi dioranglah yang cadangkan agar Math Sains diajar dlm Bahasa Inggeris… kononya agar anak Malaysia akan jadi lebih cekap berbahasa Inggeris dan boleh bersaing diperingkat global. Sakittnya hati Ya ALLAHHH… dan kerana cadangan diorang tulah maka beratus juta duit rakyat dihabiskan beli LCD Projector dan Laptop yg rata2 cikgu kitapun tak reti dan tak selesa nak guna.
Banyak IPT, cendikiawan, research telah dibuat, dibincangkan dan diterbitkan bahawa pengajaran Math Sains dlm Bahasa Inggeris ini tidak membantu meninkatkan pencapaian Bahasa Ingeris. Antaranya kajian yg dibuat di Universiti Malaya dan kajian oleh Prof. Dr. Jusoh dari UiTM. Negara Jepun, Italy, Peranchis , Jerman tak ajar dlm Bahasa Inggerispun jauh lebih maju… Malah pengajaran dlm bahasa Ingerislah puna anak Malaysia semakin lemah dlm pelajaran… yg paling teruk anak melayu laaahhhh…
Kalau iapun nak ajar dlm Bahasa Inggeris kenapa tak mulakan di MRSM dan SM Sains ke dulu… biar budak2 yg selected tu dulu yg jadi pengasas..lepas tu tengok and check keberkesanannya… Bila pembangkang dan masyarakat terutama cendikiawan dan ahli akademik yg genuine yg tidak rasuah marah dgn isu PPSMI ini maka setiap kali ujian UPSR ke PMR ke SPM ke soalan dipermudahkan. Kalau takpun cara marking dipermudahkan. Melihat skima pemarkahan peperiksaan setiap tahun aku sedih la… ada tu asalkan ada je satu perkataan tu dah dikira betul dah dapat markah. Begitu terdesaknya kerajaan nak tunjukkan bahawa rakyat Malaysia boleh follow la sistem PPSMI ni… hakikatnya rakyat Malaysia sendiri yg dibangangkan… kawan2 kat sekolah jenis kebangsaan cina kata diorang disekolah cina tak pernah patuh pada PPSMI.. diorang tetap ajar guna bahasa cina… sebab pelajar lebih mudah paham…
Akhirnya bila keputusan peperiksaan diumumkan memanglah menunjukkan yg subjek Math Sains tu semuanya ok.. dah soalan dipermudahkan… dan marking juga dipermudahkan… memanglaa result keseluruhan nampak gempak tapi sedar tak bahawa semua ni sandiwara yang akhirnya kena tanggung oleh kita semua rakyat Malaysia.  Dahtu lama pulak tu kena menanggung…
Masa konvensyen kecemerlangan IPT di Sri Iskandar baru2 ni… ramai pensyarah IPT seluruh Malaysia bengang dengan PPSMI sebab yg masuk U nipun bukannya pandai sangat. Result SPM bagus tapi Y=mX + C pun tak tahu apa punya equation. Inilah jadinya bila kerajaan berniaga menggunakan rakyat. Inilah jadinya bila sesuatu itu dilakukan demi kepentingan politik dan bukan kepetingan agama, bangsa dan negara. Selepas 5 tahun barulah nak revise balik dan nak tengok balik keberkesanannya. Alaahhh… keberkesanan tu boleh dibuat… boleh direka… buat soalan senang… arangkan unit peperiksaa kementerian pendidikan buat soalan senang pastu marking juga senang. Contohnya soalan sains Rainbow consist of how many strips?? Buatlah sistem pemarkahan tu asalkan ada perkataan SEVEN je terus betul jawapannya tak kiralah seventy ke , seventeen ke… itulah hakikat yg terjadi semenjak PPSMI ni dilaksanakan.
Bila budak yg tak sepatutnya layak masuk IPT tiba2 dapat result bagus dan masuk IPT maka sistem IPT pulak bercelaru… sampailah masuk alam pekerjaan… habisss semuanya bercelaru… nanti akan keluarlah makin ramai engineer yg corrupt, doktor yg careless dsbg. Makin banyaklah jambatan yg runtuh… makin banykla tuala yg ertinggal dlm perut lepas pembedahan… semuanya gara2 satu tindakan yg bodoh

Isu Kelemahan Penguasaan Bahasa Inggeris DiKalangan Pelajar

memupuk minat mendalami subjek bahasa Inggeris merupakan antara topik yang akan dibincangkan sempena penganjuran Seminar Pembelajaran Bahasa Antarabangsa Kali Ke-3 2008 (ILLC 2008) di USM, Oktober depan.

Seminar yang bakal disertai hampir 400 peserta seluruh dunia anjuran Pusat Bahasa dan Terjemahan (PBT), Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan mencari kaedah terbaik bagi menghadapi realiti dan cabaran yang wujud dalam era pendidikan masa depan.

Pengarah PBT USM, Prof. Dr. Ambigapathy Pandian berkata, kepesatan teknologi dan kecanggihan tamadun manusia ketika ini banyak memberi kesan terhadap sistem pembelajaran baik di peringkat tempatan mahu pun global.

Katanya, bagi menghadapi fenomena tersebut, para pendidik perlu dipersiap dengan satu kaedah yang sesuai dan terbaik bagi memenuhi corak pembelajaran dan keperluan golongan pelajar untuk menuntut ilmu.

“Melalui seminar ini juga kita akan melihat bagaimana pembelajaran bahasa pertama atau bahasa kedua mengganggu proses pembelajaran para pelajar dalam kelas,’’ katanya pada sidang media di sini semalam.

Tambahnya, contoh paling baik yang di ambil ialah dengan isu penguasaan bahasa Inggeris yang lemah khasnya dalam kalangan para pelajar peringkat sekolah.

“Salah satu daripada kajian saya ada menunjukkan bahawa ramai pelajar di peringkat sekolah kurang berminat mempelajari matapelajaran bahasa Inggeris kerana tidak sedar akan kepentingannya pada masa hadapan.

“Mereka ini (pelajar) hanya akan menyedari bahawa bahasa Inggeris itu penting apabila memasuki alam pengajian tinggi dan dunia pekerjaan kerana keupayaan menguasai bahasa kedua itu yang menentukan daya saing mereka di pasaran kerja,’’ katanya.

Justeru ujar Ambigapathy, pihak penganjur meletakkan matlamat menerbitkan sebuah buku yang dapat memberi garis panduan dan penyelesaian terhadap isu-isu bahasa yang ketika ini menghantui pelbagai pihak termasuk para pendidik sebagai output hasil daripada seminar tiga hari itu.

Mengulas mengenai seminar itu, beliau berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima lebih 130 abstrak dan 300 peserta yang mengesahkan penyertaan termasuk dari Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Indonesia, Turki dan sebagainya.

Tambah beliau, antara pembentang ucaptama yang telah tersenarai termasuk Prof. Madya Peter Kill dari University of Wollonggong, Australia, Prof. Madya Dr. Aya Kondoh, National Graduates Institute for Policy Studies, Tokyo, Japan, Prof. Dr. Zuraidah Mohd. Dom, Universiti Malaya dan Ali Abdul Ghani dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

USM gets apex status

PUTRAJAYA: Universiti Sains Malaysia (USM) has been granted apex status. With it, USM can expect hundreds of millions of ringgit in additional funding to transform it into Malaysia’s first world-class university.

Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said that quantitative and qualitative criteria were used to select USM under the accelerated programme for excellence (apex).

Announcement time: Khaled flanked by deputies Dr Hou Kok Chung (right) and Datuk Idris Haron with a copy of the statement announcing USM as the country’s first apex university.

“The selection committee evaluated each university’s state of readiness, transformation plan and preparedness for change.

“After a thorough evaluation, the committee decided that only one university truly met all the criteria, namely USM,” he told a press conference yesterday.

The Cabinet had agreed to USM being given the apex status on Aug 27.

The university that is given apex status is one that has the greatest potential among Malaysian universities to be world-class, and as such, would be given additional assistance to compete with top-ranked global institutions, added Khaled.

He said with apex status, USM will be expected to move up the World University Rankings with a target of top 200 in five years’ and top 100, if not top 50, by 2020.

In last year’s Times Higher Education-QS World University Rankings, Universiti Malaya (UM) was the highest ranked Malaysian university at 246, followed by USM (307), Universiti Kebangsaan Malaysia (309) and Universiti Putra Malaysia (364).

A selection committee headed by former Universiti Malaysia Sarawak vice-chancellor Prof Emeritus Datuk Dr Mohamad Zawawi Ismail short-listed USM, UM, UKM and UPM.

USM’s transformation plan, entitled “Transforming Higher Education for a Sustainable Tomorrow” focussed, among other things, on diagnostics, medical biotechnology, waste management, pharmaceuticals, nano-technology, membrane technology and vaccines.

Asked why UM was not selected, Khaled said: “I hope the apex status will spur other universities to strive for excellence, too. It’s not about selecting the oldest university but choosing one with a doable plan that can help us transform our higher education.”

The other universities that applied for apex status were International Islamic University Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Petronas and Universiti Tenaga Nasional.

> See StarEducation on Sunday for the full report

bisnis minded

ghhghfhf

entrepreneurship trait

bcbcbcbcbcb

reformasi

menunggu detik perubahan – 16 September 2008

jsssssssssssssssssssssssssssssssssssssssbjncdjknjdnjjjjjjjjjjjjjcndjjjsjjnkjsjdnjnd

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!