Isu Kelemahan Penguasaan Bahasa Inggeris DiKalangan Pelajar

memupuk minat mendalami subjek bahasa Inggeris merupakan antara topik yang akan dibincangkan sempena penganjuran Seminar Pembelajaran Bahasa Antarabangsa Kali Ke-3 2008 (ILLC 2008) di USM, Oktober depan.

Seminar yang bakal disertai hampir 400 peserta seluruh dunia anjuran Pusat Bahasa dan Terjemahan (PBT), Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan mencari kaedah terbaik bagi menghadapi realiti dan cabaran yang wujud dalam era pendidikan masa depan.

Pengarah PBT USM, Prof. Dr. Ambigapathy Pandian berkata, kepesatan teknologi dan kecanggihan tamadun manusia ketika ini banyak memberi kesan terhadap sistem pembelajaran baik di peringkat tempatan mahu pun global.

Katanya, bagi menghadapi fenomena tersebut, para pendidik perlu dipersiap dengan satu kaedah yang sesuai dan terbaik bagi memenuhi corak pembelajaran dan keperluan golongan pelajar untuk menuntut ilmu.

“Melalui seminar ini juga kita akan melihat bagaimana pembelajaran bahasa pertama atau bahasa kedua mengganggu proses pembelajaran para pelajar dalam kelas,’’ katanya pada sidang media di sini semalam.

Tambahnya, contoh paling baik yang di ambil ialah dengan isu penguasaan bahasa Inggeris yang lemah khasnya dalam kalangan para pelajar peringkat sekolah.

“Salah satu daripada kajian saya ada menunjukkan bahawa ramai pelajar di peringkat sekolah kurang berminat mempelajari matapelajaran bahasa Inggeris kerana tidak sedar akan kepentingannya pada masa hadapan.

“Mereka ini (pelajar) hanya akan menyedari bahawa bahasa Inggeris itu penting apabila memasuki alam pengajian tinggi dan dunia pekerjaan kerana keupayaan menguasai bahasa kedua itu yang menentukan daya saing mereka di pasaran kerja,’’ katanya.

Justeru ujar Ambigapathy, pihak penganjur meletakkan matlamat menerbitkan sebuah buku yang dapat memberi garis panduan dan penyelesaian terhadap isu-isu bahasa yang ketika ini menghantui pelbagai pihak termasuk para pendidik sebagai output hasil daripada seminar tiga hari itu.

Mengulas mengenai seminar itu, beliau berkata, sehingga kini pihaknya telah menerima lebih 130 abstrak dan 300 peserta yang mengesahkan penyertaan termasuk dari Amerika Syarikat, Jepun, Australia, Indonesia, Turki dan sebagainya.

Tambah beliau, antara pembentang ucaptama yang telah tersenarai termasuk Prof. Madya Peter Kill dari University of Wollonggong, Australia, Prof. Madya Dr. Aya Kondoh, National Graduates Institute for Policy Studies, Tokyo, Japan, Prof. Dr. Zuraidah Mohd. Dom, Universiti Malaya dan Ali Abdul Ghani dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

Foto: Mohd. Fairus Md. Isa

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s